Monday, 3 July 2017

Sambutan Hari Raya Keluarga Hj. Zakaria dan Hjh. Rabiah

Assalamualaikum dan selamat hari raya..

Dah seminggu beraya, kami pun dah balik ke Semenyih meneruskan kehidupan biasa. hihi
Seminggu cuti syoknyaaa beraya sakan depa..
Kami balik raya di Bangi, raya kedua memecut ke Alor Setar pulak, balik kampung Chenab yang terchenta. Ada majlis Sambutan Hari Raya Keluarga besar kami, berkumpul sepupu sepapat, cucu cicit sedara mara. Alhamdulillah... meriahnya raya tahun ni. 

Perjumpaan ni yang pertama untuk keluarga anak cucu Hj. Zakaria dan Hjh Rabiah.
Sebelum ni Almarhum ayahanda ada anjurkan perjumpaan anak cucu tok sedara semua. 
Masa tu Chenab sekolah lagi. agaknya kalau berkumpul balik mesti berganda raminya sebab masing-masing dah berkeluarga kan?

Matlamat utama kami berkumpul untuk satukan ahli keluarga, kenal-kenal dan bangunkan institusi keluarga dengan lebih erat. Dapat tolong sesama sedara jika ada yang memerlukan, bagi sumbangan melalui tenaga dan juga kepakaran bidang masing-masing. 
Molek rasanya bila kita bersatu dan saling membantu. 

Ni family kami, 11 beradik semuanya. Yang bongsu je belum kahwin, masih menuntut di universiti. Yang lain alhamdulillah berjaya membina legasi masing-masing.hihii

Sebahagian keluarga yang hadir, anak cucu cicit piut Hj. Zakaria Kubang Rotan. 
>>>

Gambar pun tak berapa jelas, tak sempat nak copy dari sumber utama. 
Kita pakai yang wasap gini lah kejadiannya. 
Next time Chenab update kot-kot ada yang kenal, terjadi sedara mara pulak ka..
boleh kita berjejak kasih disini. heheh

Majlis simple-simple saja, kami bertahlil, berkenalan sesama ahli keluarga, beramah mesra, makan-makan..yang penting dapat berkumpul eratkan silaturrahmi.
Anak-anak menakan Chenab pun dah besaq-besaq, dah berkeluarga pun.. dah jadi 'tok uda' la kita ni. mihmihmih..


Gambar sebelum majlis tahlil di surau @ madrasah yang diasaskan almarhum tokwan Hj. Zakaria.
Sebelah rumah ayah kami saja..hehe


Kepoh sembang hidangkan juadah. 
Kami buat potluck agihkan menu, mudahkan kerja..


Selesai acara kami menjamu selera, rapatkan ukhuwah sesama saudara.
bukan senang nak berkumpul ramai-ramai camni.. sembang jangan tak sembang.

Antara menu pembuka selera, miang kam.. 
Chenab suka sangat, semua rasa ada dalam satu suapan. 
Yang bestnya lepas makan buang angin..sebab letak halia banyak-banyak.hihii

Selfie dengan bonda tercinta.. dengan abang dan adik bongsu. 
Selalunya macam tu lah..yang bongsu memang tinggi dari kakak/abang depa.haha

Hantu selfie sorang nih.
Asyik nak berkepit je dengan ibu dia. 
Yang bongsu pun tak dapat nak menempek lama-lama.


Oklah sekadar nak share hari keluarga kami yang simple-simple saja. 


Chenab,
SID 952121


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...