Friday, 15 July 2011

Cik Siti dan rama-ramanya...

Assalam..

Cik Siti ni ofis mate saya. Sebelum ni Cik Siti pernah order laptop sleeve ngan hp casing motif rama-rama..Kali ni pun Cik Siti order lagi 2 hp case motif rama-rama gak..kira return customer la ni, dan seorang yg sgt suka rama-rama gamaknye..Asalnye Cik Siti mintak kaler purple, tapi disebabkan dalam stok cuma ada sikit, tak dapat le nak buat color purple semua..so Cik Siti pilih satu kaler biru pekat cam gambar bawah ni..



Ini rama-rama yang dah siap dipotong dan tunggu nak tempek dan jahit je..Seronok potong applique ni, layan je potong sambil nengok tv..heh. Stakat buat sikit2 ni buleh lg le nak layan drama..kalau skali dpt bulk order nak menjeling tv pon tak sempat dah..huhu



Rerama yg dah siap dijahit pada pouch..ini sebelah depan ye..ada dua hekor rerama kt situ..lagi satu terpotong sikit sebab saya tempek kat belakang yer..



Ini le rupa sebelah lg bahagian rama2 yang dipotong tu..so takde la kosong sgt kat bahagian belakang cik pouch ni sebab saiz cik pouch ni agak beso..Simple je design ni takde tali2 atau button utk closure ke hape..senang nak slide in handphone masuk dalam gitu..


Yang ni lak lagi satu design, labih kurang cam design yang saya buat utk Cik Siti sebelum ni..Tapi pattern rerama kali ni saya pakai yg tebuk2 gitu..Saya suka pattern ni sebab rerama tu nampak 'light' je, takde la solid sangat..Lagi satu sebab design ni simple, untuk menampakkan design tu cam meriah sikit at the same time tak crowded sangat, pattern tebuk2 ni sangat le sesuai..



Pandangan belakang pouch ni ye..Anda nampak sesuatu?hohoh. Sebenarnya riben tu adalah salah satu feature pouch ni..kira macam easy slider ataupun pull out gitu..so senang le nak tarik keluar handphone bila dah masuk dlm pouch ni..takyah nak korek2 tarik dgn jari, cik riben sedia membatu..ahah..:)

Rupa kat sebelah dalam pouch


Slider ni saya tak buat untuk pouch biru tu sebab tak dapat cari riben nipis dengan warna yang sesuai..Sebab tu la pouch biru tu saya buat pattern gak kt belakang..


Inilah dia projek utk minggu ni..Sekarang saya tgh siapkan order lain pulak..tak tau le bila leh siap coz weekend ni saya penuh dgn aktiviti..harap membe sorg ni sabar menunggu ye..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...