Wednesday, 28 December 2011

mood ~kenangan~~

Nak upload gambar-gambar kraf yang lepas-lepas belum ada masa lagi,sebab tak menyempat nak transfer gambar dari camera lagi..heheh.Jadi tengah free ujung-ujung taun ni teringat lak zaman belajar dulu..

Begini ceritanya...ehemmm...(poyo...)

Pada tahun 2006, time tu my second year in IIUM. Kami ada buat group utk mencari dana bagi menampung perbelanjaan utk Heritage Study..heritage study tu ape?aaa...its a study of an islamic heritage building in any country we like and do the measured drawing, take photos, do the report bla...bla...bla...architecture study la ..

okey,back to the story...so macam-macam la aktiviti kami...Buat kraftangan like mobile phone charm, keychain, japanese origami doll (from paper n fabric), banner design n painting service, printing service, and also selling fresh flower bouquet during convocation..yang ni memang part yang saya sangat suka..coz i love roses sooo much..how i miss that time..

Dalam keseronokan tu terjadilah satu trajedi..hikhik.Kami bukak gerai jual fresh flower tu selama dua hari..Last day dah siap kemas-kemas barang, saya pun angkat la naik studio (we're selling in front of our department building,coz we're next to the concovation hall)...and i forgot to bring along my sling bag which i hang on a column just next to our stall. Time tangah lepak-lepak kat studio then baru perasan yang beg tak bawak naik skali..my studio was on the third floor...time tu dah magrib and dah gelap pun...so i ran downstairs, and was very upset when my bag wasn't there anymore..sah ada orang ambik!

Thank god ada lampu jalan, so tercari - cari la sorang-sorang kat area situ..By that time ada satu lori 1tan yang parking tepi bangunan. Nampak la pekerja-pekerja lelaki dalam tiga orang tengah loading kerusi dalam lori tu..At first tak syak apa-apa lagi..but then nampak sorang yang dok leka selongkar something kat belakang lori, dalam keadaan mencurigakan..bila pergi dekat tepi mamat tu nampak la dia tengah selongkar beg dengan khusyuknya,tak sedar tuan punya beg kat sebelah!time tu rasa cam nak karate je mamat sekor tu.cuma eden je yang takde ilmu martial art.kang tak pasal kena belasah balik..

Hm.., time tu tak pikir panjang terus sergah mamat tu..'hoi!!!ko buat apa tu?ko curik beg aku eh???' cewah dengan beraninya tengking mamat tu..pastu datang lagi dua kawan dia...boleh la kan dia jawab 'aku tak curi pon..sape suruh letak kat situ??' bertambah bengang la time tu ."ooo...kalau orang letak situ boleh la nak ambik suka-suki?tak mencuri ke namanya?" Saya rampas beg tu,takut ada yang hilang..time tu buat part time jual top up, so duit jual top up tu mmg slalu letak dalam beg tu..Jenuh le nak cover balik kalau hilang..

Mula-mula cari tak jumpa pouch duit tu..apa lagi,marah lagi mamat tu.."ko dah ambik barang dalam beg ni e?" tapi mamat tu tak nak ngaku ..lepas tu saya suruh la dia keluarkan semua benda yang ada dalam kocek seluar dia..time tu rasa darah dah naik kepala kot,lepas tengok ear phone dia dah kebas. tapi pouch tu takde gak..time tu lak takde sapa pun lalu kat depan building tu,so terpaksa la ngamuk sorang-sorang..saya cek kat depan lori semua,tapi still takde gak. dalam hati tiba-tiba timbul rasa takut bila mamat tiga hekor tu dok pandang je..oh, tidak..

Lagi sekali cek beg tu...dalam mulut tengah bebel ugut-ugut mamat tu "kalau aku tak jumpa  satu lagi barang aku tu aku report korang kat pengurusan..." tup -tup tangan terpegang satu benda, huhu,sah pouch duit tu selamat kat bahagian zipper pouch sebelah dalam..pastu tak cakap banyak terus blah je..kuikuikui...terus blah dari situ sebab takut dengan mamat-mamat tu kalau derang tau 'barang yang konon2 ilang' tu actually  tak ilang pon...alhamdulillah...(wink wink)

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...