Sunday, 6 September 2015

SALUTE PADA IBU BEKERJAYA, BUKAN SENANG MENJADI 'DUNIA' PADA KELUARGA

Bila menjadi ibu bekerjaya mesti dok pasang angan-angan alangkah bestnya kalau tak payah kerja, dok rumah jaga anak, siapkan makan pakai suami dan anak-anak, kitalah wanita paling bahagia di dunia.. drama sangat. 
Hati ni pun meronta-ronta dulu nak berhenti, dok rumah je sebab tak termampu nak bekerja dan jaga anak sorang-sorang sebab berjauhan dengan suami. Nak kerja pun tak semangat, prestasi kelaut gitu...

Bila berbincang dengan bos, ambik unpaid leave maksimum jela yang mampu disokong, sebab bos taknak menyesal lak kalau terus berhenti. Yes, cuti tanpa gaji 3 tahun, pasang angan-angan berjela. Nak further study, berkraf, menjahit, online biz, homeschool anak macam-macam lagilah... 

Tup-tup belum start cuti lagi dah dpt berita i am pregnant! Seronok pun ada, serba salah pun ada. hahah! Sebabnya plan nak sambung belajar terpaksa cancel sebab tak kuat nak hadap kuliah master dengan projek studio sambil bawak perut, pastu dah besalin kang nak bahagikan masa untuk kelas dgn baby pulak. Bukan mengalah sebelum mencuba, atau bagi alasan sebab dah memang confirm tak tertanggung dek kerana encik somi kerja tak tentu masa. Sangatlah tak yakin nak menempuh alam belajar macam dulu tak tido malam kena travel sana sini. Anak kecik tu boleh ke apaknye jaga? Kalau ayah derang ddah biasa ok la, ni asal mintak tolong jaga anak je mesti letak anak rumah parents. Huish macam tak patut je. So plan study tu cancel jelah. 

Masa anak sorang kita rasa kitalah parents yg cool, sebab in control lagi. Bila dah masuk 2 orang mula la rasa serba serbi tak kena. Kejap lemah lembut kejap naik angin ada masa tu mengamuk tak tentu hala. Emosi macam dalam kapal tengah laut kena pukul ombak ribut semua. Baru sedar bukan mudah nak jadi suri rumah..

Bangun pagi dah kelam kabut masak, basuh kain, sidai kain mop lantai, lipat kain, kemas rumah.. Tu pun mujur la encik somi gosok baju sendiri. Kadang- kadang dia tolong sidai kain. Bila anak dah bangun rumah bersepah balik, makan bersepah, mandi taknak, potty train dah berbulan tapi dok kencing merata.. nak suruh mandi punya pasal puas cari idea..hah kau, ingat senang ke dengan tido pun tak cukup. Baby totally breastfeed, tgh malam nak menyusu 3-4 kali. Dah 6 bulan pun taknak solid food, sampai la dah genap setahun pun semalam masih lagi kurang berminat dengan solid food. Makan acah -acah je. Maunya tgh malam tercari-cari susu, nangis2.. 

Angan-angan nak berkraf semua tu memang kelaut juga lah..Bila sakit pun takde rehat, apatah lagi nak buat kerja lain. Tu belum lagi ujian anak kecik tu selalu kena radang paru-paru. Sensitip sangat, asal balik kampung or travel jauh sikit mesti selsema, nafas laju..batuk berkahak, muntah-muntah. Rumah tak boleh berhabuk, nanti kena infection paru-paru.. Ujian setiap anak tu berbeza, kita sebagai parents memang kena kuat dan tabah. Sakit pinggang, sampai migrain yg dah lama tak jenguk pun selalu menyapa.. Cabaran sungguh..moga jadi lebih kuat dan sabar dengan ujian yang Allah bagi..

Kadang-kadang rasa nak aman je kat rumah, tengok anak main, sambil rehat.. Dengan anak 4 tahun lebih yang mula nak faham segala benda, tak berhenti-henti cakap, semua nak tanya sampai baju pun nak tanya apa benda. Tiap2 hari suruh pakai baju ok je tetiba tanya baju tu apa? memang letih nak menjawab beb.. syukur jelah, otak tengah berhubung kata orang. Walaupun malas nak bercakap, jawab dgn hmm jela. Tapi opkos la dia tak puas hati sebab bagi jawapan camtu. Hahah pening mak. 

Mengomel sensorang sekadar terkenang, memori indah bergelar ibu dan isteri.. Tak semua orang dapat pengalaman tu, tapi yang berpengalaman tu paham la perasan mak-mak zaman sekarang nih. 

Mih mih mih.. sekian~~ 


3 comments:

  1. Teringat 3 tahun lepas...sy cuti sambung belajar.tiba2 pregnant anak ketiga.hanya Allah shj tau apa yg sy tanggung....bl fikir balik.mcm x percaya sy berjaya harunginya.....senyum sendiri bl kenang balik.

    ReplyDelete
  2. Teringat 3 tahun lepas...sy cuti sambung belajar.tiba2 pregnant anak ketiga.hanya Allah shj tau apa yg sy tanggung....bl fikir balik.mcm x percaya sy berjaya harunginya.....senyum sendiri bl kenang balik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah..tahniah mama_mas sebab berjaya graduate dgn 3 tentera. Saya tgh tggu baby ke3 pulak.hihii..semoga terus sukses..:)

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...