Bismillahirrahmanirrahim..
Pertama kali buat busy book dulu Chenab mula dengan busy page. Buat sikit-sikit untuk anak. Dan letak dekat IG. Kebetulan masa tu ada yang berminat, saya offer untuk buatkan. Kira customer pertama la yang order busy book ni.
Customer ni tak kisah tema atau aktiviti untuk dimuatkan dalam busy book tu, jadi Chenab buat lebih kepada sensory play dan mengenal objek, angka dan abjad.
Ada 2 buah busy book untuk baby Rayyan Zayd yang berumur setahun masa tu.
Semua di'compile'kan dalam ni. Ada juga yang terlupa nak snap gambar, dan masa tu ambil gambar pun tak ikut susunan. Tapi inshaa Allah harap memberi ilham kepada yang mencari idea untuk aktiviti dalam busy book masing-masing.
Book 1
 |
Page 1. Baby boleh belajar kenal huruf, kenal warna dan latih motor skil jari untuk pusingkan kipas aeroplane. |
 |
Page 2. Hot air balloon saya masukkan fiber, jadi bila ditekan ada rasa lembut.. boleh belajar kenal rainbow, warna rainbow, dan latih motor skill jugak. belon udara dan awan putih tu boleh flip, ada sesuatu di belakang tu... :) |
 |
Page 3. Farm. Latih kekuatan jari dengan membuka pagar ladang yang menggunakan velcro. |
 |
Ada dua jenis haiwan, anak-anak boleh gerakkan dan sentuh pelbagai tekstur dalam page ni. |
 |
Kalau mak-mak yang rajin bercerita boleh buat simple story sambil temankan anak main, sambil bercerita. Create bonding time dengan anak2 masa tu. |
 |
Ada dua ekor ulat ni, ada getah elastik dalam tu. Jadi boleh main tarik-tarik.. |
 |
Page 4. Latih fine motor skil anak dengan bunga yang dah dijahit snap button. Kiranya boleh cabut dan lekat, tapi bunga tak hilang sebab saya dah buat 'batang' dari tali, dan dijahit kemas ke background tu. Busy bee ni pun boleh digerakkan. |
 |
Page 5. Belajar pasal siang dan malam. Flip saja rumah, matahari dan awan, dapat view malam pulak. |
 |
Page 6. Kenal jerung, boat, rangsang sensory bila anak pegang objek dalam page ni. |
 |
Boat ni boleh digerakkan belayar kiri ke kanan. huhuu
Book 2
Dalam ni sepatutnya ada 4 aktiviti, tapi terlupa nak snap page terakhir. So dapat share 3 aktiviti je yang ada untuk buku kedua ni. |
 |
Page 1. Kenal nombor. Latih fine motor skil bukak tutup zip. |
 |
Page 2. Latih motor skil bukak pintu bervelcro ni. |
 |
Kenal bentuk dan warna |
 |
Nampak tali2 tu? yang ni boleh main tarik2 tali..Boleh juga letak mainan kecil kat bawah tali tu dan minta anak keluarkan. Latihan untuk motor skil juga. |
 |
sensory play dan ada cermin kecil tu..anak2 dapat tengok refleksi diri di situ..
Itu saja untuk baby Rayyan.. Tapi tak semestinya baby setahun je boleh guna. Chenab saja letakkan aktiviti yang banyak bermain dengan kekuatan jari supaya Rayyan boleh guna sampai umur 2 ke 3 tahun. Masa tu bila dah pandai sebut boleh mintak anak sebutkan abjad, nombor, objek dan warna yang dilihat.
Seronok ke seronok? |
No comments:
Post a Comment