Kita sebagai ibubapa ni ada 2 kerisauan pada anak-anak bab makan ni.
Pertama risau bila anak taknak makan.
Dalam sehari tu dia boleh makan kerepek je, atau biskut je..minum air sikit. Tak lapar ke kan?
Yang kedua risau bila anak asyik nak makan je.
Lepas tu tak boleh kalau takdak nasi. Makan tu punya lah berselera sampai menambah-nambah. Sepinggan tak cukup. Risau pulak bila seluar pun kena cari saiz dewasa.
Jadi Chenab nak fokus bab seluar saiz dewasa tu. Bukan cerita shopping ye. hikhik. Ni pasal kanak2 yang obes, macam mana kita nak kawal..
Anak -anak terdedah dengan bahaya penyakit melalui apa yang dia makan!
Ya, punca utamanya tabiat pemakanan yang tak sihat.
Junkfood semua tu kan banyak MSG, gula, pengawet. Kadang-kadang kita bagi terlalu banyak makanan manis, yang ada gula tersembunyi. Bila kita kurang bagi makanan sihat, nanti anak cenderung pilih makanan yang tak berkhasiat yang dia rasa sedap. Banyak makan jajan ni boleh bunuh selera makan anak pada makanan berkhasiat tau.
Jadi jaga-jagalah dengan apa yang anak kita makan. Terpulanglah nak pilih takmau bagi langsung atau bagi sekali sekala saja. Yang penting kena pastikan diet seimbang demi tumbesaran anak yang sehat.
Setuju?
Ok, berbalik bab obesiti ni, sebenarnya dah jadi fenomena global, sampai ramai kanak-kanak pengidap obesiti di bawah 18 tahun.
Kajian Keutamaan Nutrisi di Malaysia pun dah buktikan ada peningkatan 13.6% kel obesiti di kalangan kanak-kanak. Kes ni juga dikaitkan dengan faktor kemewahan makanan dan kurang aktiviti fizikal
(bharian.com,2013/08/29).
Yela, dengan gajet serba canggih, faktor keselamatan dan cuaca lagi.. ibubapa ambil langkah untuk tak bagi anak main kat luar dan banyak la 'berehat' dalam rumah. Kalau pun ada aktiviti riadah kadang-kadang je kan?
Antara risiko penyakit adalah:
- Kencing manis terutama diabetes Type 2 di mana hormon insulin kurang sensitif
- Masalah jantung
- Darah tinggi
- Sleep apnea atau mengalami kekurangan oksigen semasa tidur.
- Masalah reflux (GERD) dan pelbagai lagi masalah lain.
Sebab tu penting untuk ibu bapa kawal pemakanan anak-anak. Jangan risau jika anak makan banyak, tapi yang perlu dirisaukan apa yang anak kita makan. Makanan berkhasiat penting untuk pertumbuhan yang sihat. Ramai juga yang sangat risau jika anak obes, tapi tak tahu cara nak kontrol pemakanan anak-anak kan?
Antara usaha yang boleh kita lakukan:
- Pastikan anak makan makanan yang berkhasiat. Ibubapa boleh bantu sediakan makanan seimbang, rancang menu sihat untuk anak-anak.
- Pilih makanan yang tinggi serat dan rendah lemak, kurang manis, kurangkan snek berkalori tinggi seperti kentang goreng dan sebagainya.
- Jika anak tak suka buah-buahan segar, gantikan dengan buah kering, jus buah segar yang diperah sendiri sebab yang beli siap dalam kotak tu pun banyak gula, puding buah atau buat sendiri aiskrim dari buah segar. Mesti anak tak tolak!
Selain tu, boleh juga bagi anak suplemen.
Sebab bila anak langsung taknak makan makanan yang berkhasiat, kita bantu dengan makanan tambahan untuk betulkan selera makan anak.
Dalam senarai produk nutrisi Shaklee, Mealshake dan Omega Guard menjadi pilihan utama untuk tumbesaran anak yang sihat.
Kebaikan Mealshake:
- Kaya dengan serat yang membantu (peristalsis kolon dan perut / buang air besar) untuk menyingkirkan lemak berlebihan dan bahan buangan daripada kolon dan perut. *Sesuai untuk kanak-kanak serta orang dewasa yang sering mengalami masalah sembelit.
- Nutrisi lengkap bagi anak-anak yang cerewet dan tidak makan sayur.
- Menyediakan 24 jenis vitamin A- Z ,mineral dan ‘Trace Mineral’.Kekurangan ‘trace mineral’ akan memberi kesan kepada penyerapan vitamin-vitamin dan menyebabkan enzim tidak aktif. Ia juga mengandungi soya lecithin yang bertindak dengan vitamin larut lemak.
*Sesuai untuk mereka yang ingin menjaga berat badan. Amat bagus untuk kanak-kanak yang obesiti - Kaya dengan protein (tidak mengandungi laktosa) yang membantu dalam membentuk kulit, kuku, rambut,organ-organ, darah, sel-sel imunisasi dan sebagainya.
* memberikan tenaga dan menguatkan sistem imun .Jika anak yang kerap demam lazimnya akan kembali sihat lebih cepat daripada biasa - Rendah lemak namun kaya dengan 19 vitamin utama, protein, fiber dan mineral serta kalsium yang penting untuk tumbesaran kanak-kanak.
- Memberikan kecergasan dan meningkatkan kesihatan
- Mengurangkan eczema kepada kanak-kanak dan juga orang dewasa
- Meningkatkan selera makan anak
Jangan risau anak makan berselera sebab pemakanan sihat tak menyebabkan obesiti. Mealshake bantu anak-anak membesar dengan sihat, bukan gemuk.
Kebaikan Omega Guard:
- Merupakan minyak ikan tulen yang terbaik di dunia.Mengandungi satu rangkaian penuh 7 jenis asid lemak omega-3 semulajadi iaitu EPA, DHA, ALA dan lain-lain lagi. EPA menyihatkan jantung dan sendi anda manakala DHA pula penting bagi perkembangan dan fungsi otak.*Sumber : Shaklee Malaysia
- Meningkatkan kesihatan otak, jantung, penglihatan dan fungsi sendi
- Meningkatkan pengaliran darah dalam badan
- Pengambilan Omega 3 yg konsisten membantu menurunkan paras lemak dan tindak balas badan terhadap leptin.
- Hormon leptin yang berfungsi dengan baik dapat mengawal selera makan dan metabolisme. Kerosakan leptin boleh menyebabkan mudah lapar dan menggigil.
- Membantu atasi masalah asma @ semput. Omega dapat memanaskan dada yang mudah sejuk.
- Melegakan batuk berkahak dan selsema
Bab rasa memang sedap. Terbukti sebab anak2 Chenab memang suka sampai kena sorokkan sebab kejap2 depa cari. Tiap kali makan puji melambung; sedap..sedap...
Kalau anak tak obes pun sangatlah digalakkan bagi supplemen ni, sebab nak bagi anak-anak khasiat untuk membesar bagai juara!
Hiks!
Chenab
0135840506
No comments:
Post a Comment