Tuesday, 5 March 2013

Dilema ibu bekerjaya~~

Sedih pulak entry kali ni kan? Ada kena mengena ke dengan craft? Apa yang dilemanya kan? Heheh.jawapannya kena tepuk dada tanya hati~~ o_O buleh? em, actually bukan nak merujuk kepada sesapa, tapi diri sendiri je..

Yang boleh jadi dilema ni sebenarnya bila saya serba salah dengan kehidupan seharian. (erk, betol ke ayat ni???) First thing is, saya sedih dok jauh dengan somi. Tapi tak dapat nak tukar. Memang la boleh tukar suka sama suka, pertukaran dibuka setiap tahun. Tapi, bidang saya dengan skim perkhidmatan saya ni, mana ada kat Bangi tuh~ Kalau ada pun saya ni yang belum cukup syarat yang ditetapkan. Stakat cukup syarat nak tukar tapi kalau takde tempat nak tukar buat apa kan? terpaksa la tercongok kat Teluk Hintannn ni sorang-sorang~~

So, bila dah jauh ni banyak la perkara yang nak kena setel or tanggung sorang - sorang tanpa bantuan sesiapa pun. Contohnya setiap hari kena kemas rumah, cuci pinggan mangkuk, memasak, basuh baju, kemas mainan anak, mop lantai, ajar anak belajar sediakan kain baju untuk ke nursery dan yang sewaktu dengannya.. Semua perkara tu ada perbezaan mengikut tahap umur anak. Tu belum masuk pegi shopping barang rumah berdua dgn anak; yang kadang kala seronok bila mood dia elok. Kadang kala memenatkan bila banyak nak kena beli tapi anak buat perangai.

Kerja pulak tak tentu masa, kadang - kadang kena kerja hujung minggu, kadang-kadang waktu malam. Tapi saya sejak ada anak ni jarang join aktiviti waktu malam kecuali terdesak. sebab takde sapa nak jaga anak. Time tu mula la bawak anak ikut program, buat kerja sambil kejar anak. Pernah kena ke luar daerah untuk program tapi hubby tak dapat ikut. Bawak la anak yang time tu baru sembilan bulan, ikut program 3hari stay kat homestay. Mesti heran kenapa tak tinggal kt umah mak ke, kan? Sebabnya anak saya fully brestfeed. Dan langsung taknak susu formula walaupun terpaksa tahan lapar 2 hari tak minum susu langsung. Jadi terpaksa la bawak ke mana pun saya pergi sebab kesian anak...

En. Somi nak pindah dok Teluk Intan ni pun tak berapa sesuai untuk bisnes dia. Bukan takde customer, tapi tak serancak kat Bangi. Terpaksa la kami berkorban untuk meneruskan kehidupan. Saya pun sebenarnya teringin sangat nak benti keja, jaga anak je. Boleh la berkraf part time.. Tapi zaman sekarang ni kalau isteri tak bekerja tak cukup nak tampung keperluan keluarga.Nak pulak dulu hubby pernah berhenti kerja dan saya bantu dia dengan modal permulaan perniagaan. Buat loan la kan~~ so sekarang ni macam mana nak berhenti kerja? sudah terikat dengan utang pulak.. Dok layan sedih jela sekarang ni..

Dah hampir 3 tahun kahwin, dok berjauhan lagi.. Cuma mampu berdoa dan berharap akan ada kesudahan yang baik suatu hari nanti. Dalam melalui hari- hari tanpa hubby di sisi, (walupun hubby balik setiap hujung miggu.. hehe) time tu mula la pikir nak buat macam - macam. Nak lupakan kesedihan la kononnya..

Start dengan blog myhandmadestory ni, saya mula berjinak- jinak dengan felt craft. Kalau nak tahu saya ni minat berkraft, tp jarang buat. Hakhak. Boleh?? Macam - macam lah yang saya teringin nak buat dulu tapi tak dapat, sebab sussah nak cari bahan. Before kahwin dulu suka buat beg, tapi buat sebijik dua je.. Yang lebihnya kumpul kain dengan material buat beg. Sekarang pun buat jugak, tp ikut kelapangan je la. Itu yang jadi macam frust sangat sebab tak dapat nak spent time untuk fokus buat sampai rasa puas hati..waa gituu.. Tapi kalau sapa yang baca blog ni pun mesti heran kan, dah lama start, tapi hasil sikit je.. hhehe..Apa nak buat, asal bukak laptop je, anak datang; "bu, tutitu..." (channel belajar kat youtube dia la.. tak pun, upin ipin..) hahah. sapa tahan, untuk anak akan ku berikan~~

So sekarang ni rasa berbelah bagi.. nak sangat berkraf, tapi keadaan sekarang dengan usia anak yang masih kecil tu sangat tak sesuai.. hati pulak sangat sedihnya berjauhan dan tak dapat berkraf sepuas hati..nak puaskan hati, saya buat koleksi brang-barang kraf kt rumah. hhohooo..XD kadang - kadang share dengan kawan-kawan kat office ilmu yang ada sikit-sikit..dapat gak tengok hasil kawan-kawan pulak..

Time hubby balik boleh la nak berkraf, tapi nanti kecik pulak hati en.somi saya sebab tak dapat perhatian~~hikhik. Sekarang ni kami buat aktiviti lain la untuk spent masa berharga bersama-sama. Macam sekarang ni berkebun pulak..ada la dekat satu tan pokok tebu, ubi kayu yang tak termakan tu ditebang habis campur rumput rampai dan spesis pokok liar ni..ponat makcik berkebun~~ tapi at least semua happy, termasuklah my boboiboy anas..;D

p/s : cuma saya jela dok pendam perasaan antara minat dan tanggungjawab, antara keluarga dan kerjaya.. kat mana tanggungjawab saya sebagai isteri kalau terpaksa berjauhan demi kerjaya? patutnya saya ikut somi, tapi dah dua kali mintak tukar tak dapat. bos, tak sokong, kalau sokong pun, belum tentu dapat, takde kekosongan~~ nak berhenti pun takut susah dapat kerja balik..hmmmm...menung balik~~

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...