Thursday, 15 January 2015

RUMAH PERTAMA-ku

Hujung tahun 2013 saya buat keputusan untuk bercuti tanpa gaji ikut pasangan. Banyak perkara berlaku di pejabat, akibat kurang faham tentang cuti tnapa gaji. Puas saya fikir cara yang terbaik untuk berpindah ke Selangor. Pada mulanya saya ambil keputusan untuk berhenti, tetapi ramai rakan sejawat nasihat supaya jangan berhenti terus. So saya nak cuba cuti sambung belajar, tapi rasa tak best pula kalau terikat dengan kontrak. Nak belajar part time universiti jauh la pulak. Mujur pegawai kanan sarankan saya cuti ikut pasangan. Risik2 dengan staf yang pernah bercuti saya pun contact dengan pegawai berkaitan di Bahagian Pengurusan Sumber Manusia untuk urusan cuti... April baru saya mula bercuti. 

Dalam kesibukan kerja. urusan permohonan cuti, saya sempat cari rumah di sekitar Kajang sebab nak dekat dengan suami. Cari di mudah.my je, sebab nak beli rumah lelong tak ada masa nak pergi auction, dan tak pandai urusan jual beli rumah ni. Alhamdulillah dapat beli direct dari owner, bukan melalui agent hartanah. So dapat la jimat kat situ. Dengan bantuan Hubby buat site visit, berkenan terus jumpa owner untuk bincang. Urusan pembayaran deposit dibuat di pejabat lawyer. Bermula bulan 9 2013 segala urusan siap pada Februari 2014. Sementara tunggu selesai semua proses tu kami bersetuju untuk menyewa dulu rumah tu untuk kerja-kerja ubahsuai sebelum berpindah.

Bilik aras atas. Plan nak buat walk in closet.

Bilik tengah aras atas. Yang ni dah set untuk bilik Anas dan adik yang bakal keluar tak lama lagi. Maybe jadi playroom je sebab Anas suka tido menempek kat ibu dengan ayah dia.

Master Bedroom yang comel sungguh.

Living room. Nampak sangat cerah sebab cukup lighting semua. Bila kitorang dah extend jadi gelap pula sebab tak pakai sliding door.

Ruang dapur. Bahagian ni kitorang tambah counter kat bahagian dinding kanan.

Bilik sebelah dapur. Asalnya plan nak jadikan laundry room sebab banyak cahaya matahari masuk, dan agak panas sebelah siang. Tapi sekarang ni jadi closet je sebab tak larat nak angkut kain baju bawak naik bilik atas.

Ruang depan pintu masuk utama. Dinding bahagian sliding door akan dipecahkan dan dinding baru akan dibina di bahagian grill. So bila masuk rumah ada ruang macam entryway comel gitu...


Laman depan yang sangat cute. Kami preserve rupa asal ni and tambah bumbung porch. Itu yang bertambah gelap kat living room tu.hihi

In shaa Allah saya sedang dalam proses make over rumah, akan upload sikit2 hasilnya nanti.. 
xoxo.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...