Tuesday, 27 January 2015

SOFA BED REUPHOLSTERING PART 1: STRIPPING OFF OLD FABRIC

Bismillah...

Pada awalnya saya mencari sofa 3 seater second hand. Dok peram je dalam hati ni bila nak ajak hubyy terjah gudang perabot second hand kat Semenyih ni. 

Dulu masa baru pindah saya ada beli divan queen size di situ. Tapi time tu takde headboard. Bukan masalah pada saya sebab saya ada peluang buat headboard sendiri. DIY lagi menarik. heheh. 

Ini juga projek reupholster pertama saya. Cara saya mungkin ada kekurangan, saya tak dapat tutorial sofa bed reupholster, cuma berpandukan beberapa video reuphlster sofa dan rolled arm chair di Youtube. maaf saya tak save link video tu semua..

Hujung tahun lepas projek ni bermula. Pergi kedai tu banyak perabot yang baru masuk. Ada set sofa yang masih dalam keadaan baik, tak perlukan makeover pun. Cuma di luar bajet saya. Saya nak yang bawah RM400 je. Pusing2 dalam gudang tu saya pilih sofa yang masih dalam keadaan baik. Rupa tak kisah asalkan struktur dan padding semua masih elok sebab saya memang bercadang nak reupholster sendiri. yes DIY!



Ini rupa sofa 3 seater yang saya beli. Kain dah kotor, tapi masih kukuh tak koyak. Masa pekerja hantar sofa ni ke rumah baru saya tau rupanya hide-a-bed sofa.. dulu dok cari tak dapat, rezeki la ni, tak plan pun. 

Asalnya pekerja gudang ni letak harga Rm450. Saya mintak kurang sampai RM300. Ok la kot ye.. biasanya saya pergi kedai perabot second hand kat Alor Setar dah siap makeover. Tapi masih murah dari harga baru. Kat gudang ni takde servis reupholster, cuma jual as is je. 



Kain penutup hide-a-bed. Kalau angkat kusyen tempat duduk tu inilah rupa dia. Masa kt gudang tu saya dah angkat kusyen lapik duduk tu, tapi saya tak perasan ianya hide-a-bed. Alhamdulillah semuanya berkeadaan sangat baik.

Proses pertama yang perlu dibuat ialah tanggalkan hide-a-bed dari sofa. Part tu saya terlupa nak snap gambar. Mesti tanggalkan katil tu sebab bila nak reupholster ni kita kena banyak bergerak keliling sofa dan kena pusing-pusingkan sofa tu. Kemudian terbalikkan sofa untuk tanggalkan 'kaki'. Tak pasti nak panggil apa, macam base kat bahagian bawah sofa untuk setiap penjuru bentuk bulat..


Gambar di atas ni saya dah terbalikkan sofa, bahagian tapak menghadap ke belakang untuk memudahkan kerja mencabut staples. Ya, kena cabut satu persatu. Saya guna screw driver yang nipis untuk cungkil dan tarik keluar staple dengan plier. Mulanya saya guna scrapper kecil, tapi agak lebar. 


Keadaan semasa mencabut staples dari bawah sofa. Nampak tak ada bakul sampah bawah tu? Buat tadah lipas2 yang kelemasan dalam kain hitam tu. Banyaaaak kott!!! Eeeeiii dah la saya ni geli dengan lipas, mujur dah mati dan spesis kecik punya. 
Dah siap standby penyapu kecik tu untuk sapu keluar lipas.huhuu..rasanya lipas dok berkampung dalam tu sebab ada bahagian yang koyak. 

Kain hitam tu sebagai finishing bahagian bawah. Bahagian yang tak expose la, so nak pakai kain warna apa pun takde hal rasanya.. Cara nak strip off sofa ni mesti tengok bahagian yang paling luar distaple..just follow the sequence. Saya sediakan buku nota untuk jot down bahagian yang saya dah buka supaya tak lupa or tersalah pasang kemudian. 




Bukak bahagian base depan, rolled arm cover, tanggalkan arm dari main body, kemudian cover belakang. 



Bahagian belakang sofa setelah ditanggalkan kain. Saya guna semula span, tak ganti baru pun sebab bahagian belakang ni tak guna untuk duduk kan, so tak perlu nak gebu gebas sangat. hehe



Bahagian belakang ni asalnya ditutup dengan plastik macam canvas nipis. 



Dah togel..huhu..saya buat sikit-sikit nak bukak kain ni semua. Berhari-hari jugak la sofa ni terbongkang tengah rumah. Rumah dah la comel je..huhu




Ni arm yang dah ditanggalkan. kena balut berasingan then skru ke main body. Part nak cabut pun tricky, apatah lagi nak pasang balik nanti.. (abam anas sibuk nak bergambar..memang peneman setia ibu..) Yang ni pun cabut semua staples dan bukak kain tu. 

Sambungannya nanti saya akan cerita bahagian pasang kain baru dan hasilnya~~

Thanks for reading :)

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...