Monday, 2 February 2015

IKEA GORM SHELVES TURNED TV CONSOLE TABLE

Salam semua...

Saya percaya mesti ramai yang suka belek-belek website ikea hackers kan? Saya cuma search gorm shelves hacks, tapi tak jumpa seperti yang saya nak. Dah dua tahun beli rak Gorm tu (beli as is RM60), tapi under utilized.Dok simpan habuk je... 
Kebetulan saya sangat-sangat memerlukan rak tv yang pelbagai guna, dapat la idea untuk repurpose Gorm shelves ni. 
Sekadar mencari idea di Pinterest, saya rasa nak buat meja console yang lebih kurang macam ni. Siap ada gambar step by step lagi. 

sumber : https://thelotteryhouse.wordpress.com/2012/11/11/rustic-chic-console-table/
 Meja macam ni bukan sahaja boleh guna sebagai rak tv atau meja console, boleh juga sebagai sofa table; letak kat belakang sofa kalau sofa tu disusun ditengah ruang kan..boleh juga jadi meja buffet atau meja tambahan bila buat open hause ke, makan-makan ke...

Dah dapat bentuk asas dia saya pun sketch plan untuk meja yang saya nak buat. 

Gorm shelves ada 4 batang kaki (part yang paling panjang) dan 4 buah rak untuk letak barang. 

4 kaki tu saya jadikan table top (tak potong langsung)
4 keping rak tu saya nak jadikan shelving bertingkat di bahagian tengah dan bawah.

Saya perlukan rangka meja! 
Ajak suami pergi kedai kayu di Ampang (jauh betul cari kayu!tp sebab suami saya sangat supportive, dia yang cari jalan.tq honey!!) kedai tu ada jual kayu pine bentuk plank. Saya beli sepapan 1" x8" @ 13' pada harga RM75 termasuk kos potong (lain kali bawak cordless saw @ gergaji sendiri takde la kena charge). Mahal pulak rasanya...kalau pakai kayu mernati dan cat putih, rak tu stain warna oak, lagi jimat rasanya..
Tapi untuk projek ni saya guna lebih kurang 8 kaki je (lebih kurang RM46.15).

Kalau pakai kayu lain pun boleh, tapi sebab saya taknak cat, lebih suka nampak warna kayu pine yang kekuningan tu, saya cari kayu pine juga untuk matchingkan dengan rak Gorm tu. 

Tapi saya tak terfikir pun nak ambil gambar step by step, sayang pulak. Walaupun skill bertukang saya ni masih tahap beginner, bukanlah nak show off ke apa, tapi elok juga kalau ada yang sudi bagi tunjuk ajar supaya saya tahu teknik yang betul atau trick yang mudah dalam woodworking ni.

Dan inilah hasilnya..Versi saya, rak tengah dengan jarak lebih kecil. Dalam masa sehari potong kayu dan pasang sampai tengah malam. Gigih nak siapkan jugak, mujur hubby tolong bila nak pasang kaki dan table top tu. 

Dengan kos kurang RM110 saya dapat meja console yang panjang ni! Panjang meja ni lebih kurang 6 kaki. Sangat berpuas hati ok. heheh


Nanti bila ada masa boleh wax atau stain. Saya masih belum pernah cuba finishing selain cat. Almaklum laaa budak baru belajar.. Masih mencari tutorial, dan yang penting kena CUBA!

Styling? ahh~~ part ni nak kena banyak study lagi.
Siap je meja ni Anas terus susun mainan dia sebab masa saya cuba modelling dalam Sketch up tu saya ada letak bekas mainan yang serupa dengan dia punya (pun dari Ikea) untuk dapatkan saiz yang sesuai. So dia cakap ibu buat rak ni untuk simpan mainan dia la..haish~~ 

3 comments:

  1. salam boleh share x kat mana kedai kayu kat ampang

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sorry for late reply. Org cakap pekan lama ampang. Dekat dgn balai bomba..saya pusing2 je sampai jumpa, tak ingat sangat exactly locationnya.Saya ada snap gambar resit, tp tak jumpa pulak. If next time jumpa original receipt i will share later..

      Delete
    2. Sorry for late reply. Org cakap pekan lama ampang. Dekat dgn balai bomba..saya pusing2 je sampai jumpa, tak ingat sangat exactly locationnya.Saya ada snap gambar resit, tp tak jumpa pulak. If next time jumpa original receipt i will share later..

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...