Monday, 13 February 2017

Bila anak dengan ayah kena Chicken Pox...

Entri kali ni Chenab nak share cara menghadapi Chickenpox dgn Shaklee. 
Selalunya orang cakap chicken pox ni mesti kena sekurang- kurangnya sekali seumur hidup.
Tapi Chenab pernah kena 3kali time kecik-kecik dulu. Wahahah..sampai berbekas kt dahi ni sampai sekarang. Mak kata sebab tak sabar nak tunggu kuping tu tanggal sendiri, gatal gi kopek lagi..haaa..hambekk 

Back to the story, masa anak sulung Chenab, Anas dan suami kena demam pelentung aka chicken pox dulu, jadi berair kt kulit dan gatal-gatal ditambah lagi dengan demam dalam 3 hari terawal.
Hari pertama tu perasan ada naik gelembung berair kecik2.
Terus amek EL bawak Anas ke klinik untuk sahkan yg tu chicken pox. 
Dah confirm doctor bagi ubat allergic dan ubat sapu (callamine lotion). 
Immediately kt klinik dah bagi Anas makan ubat siap-siap sebab balik rumah kang bersilatt ibu dia nak bagi makan sendiri. huhuu

Lepas tu baru la call husband mintak dia balik jaga anak, sebab doctor private tak boleh bagi cuti lebih dari 3 hari. Tu pun Chenab dapat 2hari je untuk jaga Anas sementara tunggu ayah dia balik. 
Sekali ayah dia pun terjangkit sekali, sebab tak pernah kena chicken pox. huhu dah tua-tua baru kena, jadinya Chenab terpaksa jaga dua orang pulak. Cuma takdak la amek cuti, pi kerja macam biasa sebab husband boleh tengokkan anak kat rumah. lega sikit.

Bila gelembung2 tu keluar badan memang dah panas, sebab badan tengah lawan dgn virus tu. 
Ubat demam tak digalakkan bagi time tu sebab nak bagi keluar habis semua kuman dalam badan. 
Nak kurangkan panas badan boleh jerlum dengan air asam jawa, atau buat lemon socks ke.. Chenab jerlum dengan air je, bagi kurang panas. Buat kerap supaya suhu cepat turun.
Nak bantu kuatkan sistem imun badan pulak Chenab bagi 1/3 sachet Nutriferon setiap hari kt Anas sampai dia baik. Masa tu umur dia dalam 2tahun setengah. Bagi sikit pun dah cukup. 


Nutriferon ni dalam bentuk serbuk. Budak-budak suka je kalau makan terus. Anas cakap sedap. Chenab cakap serbuk pumpkin. Dia pun layan je..hihi
Kalau anak tak reti nak makan terus, boleh campurkan dalam makanan atau minuman dia. 
Nutriferon ni fungsi dia untuk rangsang badan keluarkan interferon secara semulajadi bagi melawan kuman. 

Bila kuman dah masuk ke sel, badan kita akan hasilkan interferon untuk lawan balik.

Boleh juga baca kaitan interferon dengan immunity di sini

Chicken pox ni takde ubat, dia boleh baik sendiri. 
Sebab tu la badan kena cukup kuat untuk lawan virus sendiri. 
Dengan bantuan pemakanan yang betul, badan dapat 'beroperasi' melawan penyakit dengan efektif. Jadi sepanjang 3 hari demam tu Anas memang sangat aktif. 
Tidur siang pun kejap je waktu petang.

Bila naik gelembung tu akan menyebabkan rasa gatal satu badan. 
Budak biasa lah kan, akan menggaru untuk hilangkan gatal. Part ni kita make sure kuku anak sentiasa pendek dan bersih takut dia syok sangat menggaru sampai terpecah gelembung tu dikhuatiri kena jangkitan kuman lagi.. 


Nak kurangkan rasa gatal tu saya sapu cream Herbal Blend Shaklee. 
Cream ni dapat bantu kurangkan rasa gatal sebab ada menthol, rasa dingin sejuk gitu..sangat baik juga utk elakkan dari berparut lepas hilang chicken pox tu.
Rasa syukur jugak la dah beli awal sebab time tu satu Malaysia takde stok kecuali distributor yang dah ambik langkah berjaga-jaga memborong sakan cream serbaguna ni.. Sebab bila dah habis nak tunggu dia restock punya la lama. Barang baik memang laku keras!

Selain tu rebus daun semambu buat mandi. Kurang la tergaru garu tu. Tengah malam tu ada la jugak nampak dia macam resah bila tido..tak selesa kot. Chenab alas tempat tidur dgn selimut lembut supaya dia tak rasa sakit sangat. Tiap2 malam time tidur dia nak pasang zikir favourite dia, zikir terapi diri by Hafiz Hamidon yang selalu ada kt Astro Oasis tu.. Kadang tengah meracau - racau leh senyap terus bila pasang zikir.. pasang bacaan Al- Quran pun elok. 

Selain tu Chenab bagi mealshake dan chewable vitamin c jugak. Yang ni memang sentiasa bagi sebab Anas sangat mudah demam selsema. Nak lagi dok taska, memang biasa lah orang kata. uhuk..
Alhamdulillah, dengan izin Allah dalam masa 6 hari tu chicken poxnya kering..Tapi berkejaran jugak la nak sapu herbal blend tu sbb dia memang tak bagi sentuh langsung..Air kelapa pun elok nak bagi keluar semua.sampai ke tapak kaki. Oran tua-tua pesan, kalau kena campak biar keluar sampai ke tapak kaki, maknanya dah keluar habis la tu. 

Mealshake ni cukup sekali je sehari. Boleh campur dalam susu atau buat milkshake yang sedap dengan pelbagai campuran buah segar. Mabelesss!

Tablet masam-masam ni memang sedap untuk kunyah-kunyah. Tak cukup satu, kalau boleh nak makan macam candy. Haih la anak.. 

Supplemen dari Shaklee ni Insha Allah rasanya memang sedap, tak susah nak bagi anak kecil. Kita yang dewasa yang payah nak telan ubat pun boleh layan suplemen hebat ni. 


Chenab :)
0135840506

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...