Thursday, 2 March 2017

Akhirnya Bakal 'Bersara"

Oh my life!

Masuk bulan Februari haritu Chenab rasa dup dap-dup dap sikit. 
Sebab cuti tanpa gaji yang 3 tahun tu dah nak habesss~~~
Gabra jugak rasa, sebab bulan Januari lagi dah dapat arahan kena lapor diri semula di Betong Sarawak. 
Memang Chenab takmau piii.. uhuk! 
Try call Bahagian Khidmat Pengurusan, depa cakap takdak kekosongan langsung kat Selangor, sebab sebelum ni dah ada rombakan besar-besar staf Kolej Komuniti ni. maka yang sedang bercuti lalala tu sila ke Sarawak ye, sana banyak kosong. huhu

Semua yang jadi ada hikmahnya. Chenab terima, tapi bukan untuk pindah. 
Chenab anggap semua ni jawapan kepada teka teki yang selama 3 tahun ni dok menari-nari dalam kepala ni. 
Nekad, tapi syahdu tu tetap ada..
28hb lepas Chenab siapkan surat letak jawatan dan hantar ke kolej, lepastu call pengarah maklumkan keputusan Chenab. Semua nak kena cepat sebab notis sebulan mesti sebelum 1 April, tarikh nak kena lapor diri semula. Kalau notis tak cukup 30 hari maka terbanglah juta-juta rupiah sebagai ganti notis tu. 

Kenapa baru sekarang nak letak jawatan?

Memang sebelum cuti dulu nak letak jawatan dah pun..
Tapi tuan pengarah dengan rasa concernnya mintak Chenab pikir masak-masak, taknak nanti menyesal. Maka dia bagi sokongan padu untuk Chenab cuti tanpa gaji untuk tempoh maksimum, 3 tahun tu la..

Sebelum ni Chenab memang dah study pekeliling, katanya tak boleh letak jawatan dalam tempoh cuti tanpa gaji. Sebab tu lah jadi sentiasa tak sedap hati, sebab akan kena masuk kerja dulu baru boleh bagi notis berhenti.. In case kalau betul-betul nak berhenti tup-tup dapat pula ke Sarawak. Hilang selera makan 3 hari.huuu

Tapi syukur, Allah gerakkan hati ni nak check semula pekeliling. Surprisingly, pekeliling tu dah dibatalkan dan diganti dengan pekeliling baru bagi tujuan pelepasan jawatan dan perletakan jawatan. 
Sungguh Allah sentiasa mendengar doa kita.
 Bak kata pak ostad, dah lupa sapa..tapi ayat dia lebih kurang macam ni
"kadangkala gerak hati kita tu adalah ilham dari Allah".

Hari ni dah 2hb Mac, maknanya berkuatkuasalah notis perletakan jawatan Chenab di Kementerian Pendidikan Malaysia. 

Dua hari lepas rasa kosong kejap jiwa ni, macam tak percaya akhirnya Chenab betul-betul ambil keputusan ni. Bagi setengah ornag depa rasa seronok, lega, puas hati dan sebagainya. 

Chenab? Entah. 
Satu sudut tu legaaa sebab dapat besarkan sendiri anak-anak, jaga keluarga dan tak perlu tinggal berasingan dengan suami lagi. Nak lagi anak dah 3 kan? 

Cuma mungkin sebab pening fikir cara nak setelkan loan?
Biz Chenab ni macam tenggelam timbul je.. sebab tak dapat nak fokus bila kena kerja sambil jaga anak. Tapi bila hantar ke pengasuh asyik sakit je, sampai warded. Pneumonia yang second tu.. kena bagi perhatian lebih. 

Sesusah mana pun kita, pasti ada yang lagi susah di luar tu.. langsung tak ada peluang nak cuba-cuba biz pun. Yela, zaman teknologi ni kalau pakai tepon 2G lagi sedangkan yang lain berlumba dengan data sampai 40GB sebulan, maknanya Chenab masih beruntung. 
Syukurlah!

30 hari dari sekarang Chenab bakal bergelar 'suri rumah' sepenuh masa. 
Dan akan terus berusaha selagi mampu untuk letakkan diri sebagai 'work at home mom'.

Chill Chenab Chill~~





No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...